Thursday, April 11, 2013

Warna Urin dan Vitamin Shaklee


Ramai yang mengadu bahawa warna urin berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengambil B-Complex.

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil suplemen yang mengandungi vitamin B warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. 

Warna urin yang biasa adalah berwarna kuning pucat. Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna urin dan simptom yang datang bersamanya :
  • KUNING PUCAT – warna urin normal
  • KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
  • KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
  • KECOKLATAN – pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
  • OREN – dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
  • KERUH – jangkitan saluran kencing/ kencing kotor
  • KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi). Anda perlu minum lebih banyak air. Pastikan anda minum 3-4 liter air masak sehari.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

No comments :

Post a Comment