Thursday, April 11, 2013

Mandi Untuk Sihat dan Cantik

                                  [Petikan dari MAJALAH REMAJA Keluaran Mei 2008]


Mandi merupakan rutin harian kita setiap hari. Tanpa kita sedari mandi bukan sahaja dapat menyegarkan badan kita semata-mata. Satu lagi info yang kita tidak sedari ialah mandi juga boleh menjadikan kulit kita sihat dan cantik. 

Mandi dapat menghaluskan kulit, melancarkan peredaran darah dan menjadikan tubuh terasa segar dan nyaman. Jika inginkan kulit yang lebih halus, mandi sudah tentu dapat membantu menghilangkan sel kulit mati dan menyegarkan kulit baru.

Jom baca tips yang ingin saya kongsikan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik melalui rutin harian kita iaitu MANDI..

Cara-Cara Merawat Tubuh Semasa Mandi :
  • ·         Gunakan gel mandian yang mengandungi pelembab sebagai ganti sabun biasa.
  • ·         Atau melakukan mandi susu. Mandi susu merupakan salah satu alternatif untuk dapatkan kulit yang cantik dan lembut. Manafaat mandi susu ialah kulit akan lebih halus, menanggalkan sel kulit mati dan menenangkan kulit.



Cara-cara melakukan sendiri mandi susu di rumah :

·         Penuhi bath tub dengan air suam & campurkan 2 gelas susu.
·         Berendam selama 20 minit agar pelembab dan khasiatnya dapat meresap jauh ke dalam kulit.
·         Keringkan tubuh dengan cara menepuk-nepuk dengan tuala.
·         Sebelum kulit mulai kering, sapukan losyen agar kelembapan terus terpelihara.

Selain itu, boleh juga gunakan minyak mandi (bath oil) atau baby oil sebagai ganti susu.

Cara-caranya :
·         Tuangkan kira-kira setengah sudu makan bath oil agar kulit tidak terlalu berminyak.
·         Selepas mandi, keringkan badan dan tidak perlu lagi menyapu losyen pada badan.

Agar minyak mandian dan kandungan pelembab dari baby oil atau susu meresap dengan baik ke dalam kulit, sebaiknya bersihkan badan terlebih dahulu dengan menggosok dengan body scrub sebelum mandi.

Tips Perawatan Tubuh Selepas Mandi :

Kaki

Untuk merawat tumit dan kaki merekah, sapukan segenggam garam basah atau batu apung pada bahagian yang kering. Urut kaki agar darah dapat berjalan dengan lancar. Gunakan minyak bayi untuk memudahkan urutan.

Siku

Untuk mengatasi siku yang membentuk lapisan keras warna kelabu, campurkan 3 sudu makan minyak almond dengan 3 susu makan oatmeal. Campurkan dengan rata, kemudian tambah susu segar atau yogurt. Sapukan pada siku.

Tangan dan Kuku

Setelah mandi, kuku dan kulit dalam keadaan lembut dan ia memudahkan kita membersih dan memotong kuku. Selepas itu, tarik dan regangkan jari dan lakukan urutan dengan menggunakan minyak bayi. Lakukan secara lembut dan ulangi beberapa kali dengan gerakan memutar.

            
            Jadi, untuk memastikan kulit kita sentiasa sihat dan cantik, jom manjakan diri dan lakukan sendiri di rumah. Mudah saja kan..:)


No comments :

Post a Comment