Thursday, April 11, 2013

Vitamin Shaklee dan Healing Crisis


Apakah Healing Crisis?

Healing Crisis atau krisis penyembuhan adalah satu proses di mana badan menjalani tempoh membersih dan membina semula. Sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan, badan akan mula untuk membuang sisa-sisa toksin ada di dalam badan anda selama bertahun-tahun. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami beberapa tanda-tanda gejala dan ketidakselesaan. Ini diiktiraf sebagai krisis penyembuhan.

Mengapa krisis penyembuhan berlaku selepas pengambilan suplemen kesihatan?


Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam pemakanan molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien akan bertindak balas dengan oksigen dalam badan. Dan tindak balas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan untuk melakukan pembersihan, menghapuskan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, mengimbangkan dan lain-lain proses.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit yang lebih banyak dan lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda badan anda melalui proses detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda meletakkan ejen karat atau pembersih paip, pada mulanya lebih karat akan datang dari dari dinding paip (toksin), dan apabila paip dibuka, anda akan dapat perhatikan lebih banyak kotoran keluar melalui paip. Tetapi selepas semua karat telah dibersihkan, anda akan dapati air yang keluar melaui paip adalah lebih jernih dan paip dapat berfungsi dengan lebih bagus lagi.

Begitu lah juga dengan krisis penyembuhan ini. Ia membolehkan semua toksin dikeluarkan dari badan dan memastikan sistem badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik lagi.

Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

Krisis penyembuhan adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau vitamin itu sedang berfungsi dalam badan kita. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa kesihatan mereka menjadi teruk dan menganggap vitamin itu tidak sesuai. Namun, sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi.

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku pada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kecergasan anda masih cukup kuat untuk mewujudkan tindak balas pada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walau bagaimanapun, apabila tiada krisis penyembuhan, ia mungkin kerana seseorang itu telah mendapat kesihatan yang optimum  atau anda telah terlalu lemah (mungkin tahap kesihatan adalah dalam kategori yang amat teruk) dan badan tidak dapat melalui mana-mana proses penyembuhan.

Adakah semua orang mengalami tanda-tanda dan gejala yang sama semasa krisis penyembuhan?

Krisis penyembuhan ini bergantung kepada tubuh badan masing-masing. Ada yang mengalami alahan yang teruk, ada yang tidak.

Sesetengah individu mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas dia mengambil vitamin, manakala individu lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap alahan juga berbeza. Sistem badan yang mempunyai lebih toksin akan mengalami krisis penyembuhan yang lebih teruk.

Berapa lamakah tempoh berlakunya krisis penyembuhan?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia mungkin berlangsung selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (sebagai contoh : tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll), sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi


Apa yang perlu dilakukan apabila mengalami Krisis Penyembuhan ini?

Pastikan anda minum 3-4 liter air sehari. Pengambilan air yang cukup dapat memastikan toksin yang berlebihan ini dapat disingkirkan secara terus melalui air kencing.

No comments :

Post a Comment