Wednesday, April 17, 2013

Tips : Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Susu Ibu dan Penyelesaiannya


Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang baru melahirkar anak pertama mungkin mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dialami :

Bengkak buah dada

Sebab :

Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian :

Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.

·  Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan.
·         Pakai coli yang dapat mengampu buah dada dengan baik.
·   Pastikan kedudukan anda dan bayi dalam keadaan yang betul. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.

Puting yang luka atau merekah

Sebab :

Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian :


  1. Pilih kedudukan yang sesuai  dan selesa. Dekatkan bayi ke  buah dada dan bukan sebalik-nya.
  2. Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah  dada anda.
  3. Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
  4. Beri bayi hisap buah dada yang  tidak sakit dahulu. Bila susunya  mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah dada yang sakit itu.
  5. Selepas menyusu, masukkan  hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
  6. Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak  daripada menggunakan sabun,  krim atau losyan pada puting.
  7. Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli  sehingga kesakitannya reda.
  8. Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.
 

Kekurangan Susu Ibu

Sebab :

Pengaliran susu anda  akan menyusut kerana kurang  rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :

1.  Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
2.  Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3.  Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut :

1.       Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
2.       Jika anda menghadapi tekanan emosi.

Penyelesaiannya :

1.  Fahami konsep “Supply and Demand” iaitu semakin kerap bayi disusui, semakin banyak susu akan dihasilkan.
2.  Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
3.  Cuba susui bayi anda pada setiap 2-3 jam.
4.  Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
5.  Pam setiap 2-3 jam sekali sekiranya bayi tidak berada di sisi anda.
6.  Makan makanan seimbang. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
7.  Minum air masak yang mencukupi.
8.  Ambil natural milk booster, contohnya alfafa.
9.  Lakukan “Power Pumping”.
10.  Yakini diri dan bertenang. Stress boleh mengganggu penghasilan susu ibu.
11.  Berdoa

http://kebajikan-selangor.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Sumber : Laman Web Hospital Mersing http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html


Doa banyakkan susu ibu :


Doa ibu untuk anak :



“Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita”


No comments :

Post a Comment