Kebanyakan orang menganggap vitamin dan mineral cuma penting
tatkala hamil. Selepas itu, ia tidak diperlukan lagi. Anggapan ini ternyata
salah!
Jom lihat kelebihan yang ada pada
supplemen tambahan untuk anda amalkan sepanjang tempok penyusuan :
Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi
lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas
untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil
bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi
dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.
Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan
ketika dalam proses menyusukan bayi!
Hal ini kerana anda masih memerlukan
vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif.
Faktanya,
bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh
anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat
dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan
demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.
Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa
menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakkan amaun susu ibu.
Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu
yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh
diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan
pelbagai jenis supplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila
berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan supplemen ini diabaikan. Sama
seperti ketika hamil, supplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja.
Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik
selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda
untuk berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan antara
5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein seperti
daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan
karbohidrat seperti nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal
hidrat dengan meminum sehingga 8 gelas air sehari.
Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut
keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil supplemen
tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan.
Antaranya ialah omega-3
yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya
dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan
mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium.
Majoriti supplemen vitamin dan mineral tambahan tidak
menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang
menyusukan bayinya. Walaubagaimanaun, perlu anda ingat bahawa lemak larut
seperti vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. Oleh yang demikian, amalkan
sikap berhati-hati apabila mengambil supplemen yang mengandungi kedua-dua jenis
vitamin ini. Pengambilan terlalu banyak vitamin ini turut boleh memudaratkan
bayi. Untuk itu, minta pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan
untuk mengambil apa jua supplemen.
Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh
penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan
sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di
dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin
dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral
juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu,
ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas
dan bertenaga selalu.
Panduan daripada yang BERPENGALAMAN
Nurul Amrina Aziz
- Mengamalkan
suplemen kalsium 1biji sehari sekali kerana khuatir kekurangan bekalan
kalsium. Ini kerana bayi boleh "menyedut" kalsium daripada
tubuh.
- Mengambil
sprulina organik yang kaya dengan asid amino (protein), serat, mineral,
vitamin, asid lemak penting, klorofil dan lain-lain demi memastikan semua
nutrien yang diperlukan tubuh diperoleh akibat waktu makan yang tidak
menentu.
- Selain
bertujuan untuk kecantikan, Beauty Drink Berley Collagen diambil kerana ia
merupakan penggalak penghasilan susu ibu. Antara lain, ia mengandungi
vitamin C yang bagus untuk menyerap zat besi untuk bekalan tenaga agar tidak
mudah keletihan sepajang tempoh menyusukan anak.
Nik Mazliani Hazreen
- Kapsul
minyak ikan tuna diambil bagi memastikan bekalan DHA mencukupi untuk
perkembangan mata dan otak bayi. Untuk diri sendiri pula, ia bagus untuk
mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin kerana minyak ikan tuna
kaya dengan kandungan Omega 3.
- Memandangkan
kurang minum susu, maka tablet kalsium diambil untuk menampung keperluan
bayi dan diri sendiri agar tulang dan gigi terus kekal kuat.
- Mengambil
tablet Vitamin B dan C bagi memberi lebih tenaga sekali gus mengelakkan
kelesuan dan keletihan.
Normalayati Ahmad
- Mula
mangambil pil halba apabila kuantiti susu yang dipam tidak seperti biasa.
Ternyata, hasilnya memuaskan. Malah, susu lebih likat berbanding
sebelumnya. Dalam masa 5-6 hari selepas mengambil pil halba, amaun susu
bertambah sedikit demi sedikit sehingga kembali normal.
- Turut
mengambil B Kompleks demi membantu mengurangkan kelesuan dan keletihan.
- Mengambil
Vitamin C untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh agar kekal sihat
sepanjang tempoh penyusuan.
- Mengamalkan
kalsium agar membina tulang dan gigi yang kuat untuk diri sendiri dan bayi
juga.
INFO
Urin akan berwarna lebih gelap
selepas beberapa jam mengambil suplemen. Jadi, minum air dalam jumlah yang
mencukupi untuk memastikan urin dalam keadaan jernih.
Sumber :
Majalah PA & MA
keluaran Mac 2011
( credit to : Nor
Hasmah Yahaya )
No comments :
Post a Comment