Tahukah anda??
Minyak ikan boleh
membantu mereka yang berlebihan berat badan dan yang mempunyai tekanan darah
tinggi untuk mengurangkan berat badan. Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan, Asid
lemak Omega-3 dapat dijumpai dalam minyak ikan. Ia dianggap penting untuk diet
kerana badan kita tidak boleh membina Omega-3 dengan sendirinya
Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang
mengawal selera makan. Hormon Leptin di dalam Omega-3 inilah yang akan
bertindak memberi signal kepada otak untuk mengawal rasa lapar seseorang.
Bagaimana asid lemak Omega-3 boleh membakar
lemak?
Asid
lemak Omega-3 membantu kita membakar lemak dengan membantu badan bertindak
balas dengan hormon yang dipanggil Leptin.
Fungsi hormon Leptin ini adalah :
1. Bertindak
untuk memberi signal kepada otak bagi mengawal rasa lapar dengan menstabilkan
paras gula dalam darah supaya kita boleh mengekalkan atau mengurangkan berat
badan.
2. Ia
juga bertindak meningkatkan metabolisme kita dengan meningkatkan pengeluaran
tiroid (tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisme badan).
3. Menggalakkan
badan kita untuk membakar lemak untuk dijadikan tenaga.
4. Sekiranya
badan tidak bertindak balas dengan baik kepada Leptin, maka simptom-simptom
seperti lapar dan tidak bertenaga akan berlaku. Badan akan mula menyimpan lebih
banyak lemak bagi mengatasi simptom ini.
Satu kajian di Australia menunjukkan
bahawa apabila seseorang itu mengambil Asid lemak Omega-3 semasa program
senaman, didapati individu itu membakar lebih banyak lemak daripada individu
yang tidak mengamalkan Asid lemak Omega-3.
Oleh itu, adalah baik
untuk kita mengambil asid lemak Omega-3 untuk membantu badan bertindak balas dengan
lebih baik dengan hormon Leptin supaya badan boleh meningkatkan metabolisma
pembakaran lemak.
Sumber
:
No comments :
Post a Comment