Tubuh kita terdiri dari 70%
air.
Jadi pengambilan air yang banyak perlu untuk memastikan sistem badan kita dapat berfungsi dengan sempurna.
Kita disarankan supaya
mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari.
Dengan
pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen
tersebut ke dalam badan.
Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul,
anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan.
Tips minum air masak untuk
memenuhi keperluan badan kita :
- Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur.. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
- Minum segelas
air masak sejam sebelum tidur
- Ambil makanan tambahan / supplemen bersama 2 gelas air
- Minum setengah gelas / segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan
- Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas / menyusukan bayi atau mengepam.
- Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu mlm boleh minum air masak
- Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit. (sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. Bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas)
- Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang kala kiter merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2liter.
- Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum
- Minum
air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.
Selamat mencuba!
-love-
dila :)
No comments :
Post a Comment