Air memang sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin dan sangat penting untuk proses homeostasis di dalam badan
Kenapa kita perlu minum air masak dengan banyak, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengambil suplemen??
1. Minum air
sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus
sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50
peratus)
2. Kekurangan
air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan
pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah
3. Mengantuk
selepas makan tengah hari adalah petanda badan kita kekurangan air kerana air diperlukan untuk proses pencernaan dan
metabolisme makanan
4. Air
penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme
seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang
5. Air juga
diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian
menunjukkan pengambilan
lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis
6. Air turut
menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti
enzim dan kawalan suhu badan
7. Air
membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan
8. Air
bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan
mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada
merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
9. Bagi
individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum
banyak air kosong antara jalan terbaik untuk membantu meningkatkan metabolisme
badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.
10. Kajian
menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam
dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori
11. Ramai
orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh
kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua
kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi
atau tegasan air
12. Kekurangan
air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan
lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang
13. Kehilangan
hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka
pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca. Jadi
usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan
kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.
Badan kehilangan air melalui :
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)
* Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira 2-3 liter air sehari.
Credit to : Mama Cery (www.mamafaiz.com)
No comments :
Post a Comment