Sunday, March 24, 2013

Tips Kesuburan – Perkara Yang Perlu Dielak Untuk Menjamin Tahap Kesuburan



Pada entry sebelum ini, kita dah ketahui masalah-masalah dalam kesuburan. 
Jadi, untuk entry kali ini, kita berkongsi pula perkara-perkara yang boleh memberi kesan pada tahap kesuburan. Oleh itu, sebagai salah satu lagi usaha kita untuk mendapatkan cahaya mata,  maka sebaiknya kita cuba elakkan dari perkara-perkara ini :

1. Minuman berkafein

Minuman berkafein menyempitkan salur darah. Tahukah anda, bila sperma dan telur bersenyawa, zigot akan terbentuk. Zigot yang terbentuk ni, akan bergerak ke arah rahim. Bila sampai dalam rahim, dia akan mula menempel pada dinding rahim yang subur. Tapi jika salur darah kita sempit, tiada darah yang cukup untuk menampung penempelan zigot, maka walaupun zigot terbentuk, ia tak dapat menempel dan akhirnya terkorban jadi darah haid.
2. Handphone atau gadget dalam poket seluar

Handphone atau gadget elektronik mempunyai radiasi yang merbahaya untuk penghasilan sperma. Apabila barangan elektronik ini berada terlalu lama dalam poket seluar, radiasi ini akan member kesan pada penghasilan sperma.
3. Kerap mandi air panas
Penghasilan sperma adalah sangat sesuai pada suhu yang sejuk, maksudnya di bawah suhu badan. Apabila lelaki kerap mandi air panas, secara tak langsung ia akan mengurangkan penghasilan sperma yang berkualiti disebabkan oleh suhu tinggi oleh air panas tersebut.
4. Stress

Apabila anda stress, hormon di dalam badan menjadi tidak seimbang. Bagaimana ia berlaku? Otak kita berfungsi memberi isyarat pada tubuh untuk menghasilkan hormon- hormon kesuburan. Hormon- hormon ini berfungsi untuk menghasilkan sperma dalam tubuh lelaki & membantu menstruasi dalam tubuh wanita. Apabila stress, otak akan menhantar isyarat kepada badan untuk  mengeluarkan sejenis protein yang menghalang penghasilan hormon- hormon kesuburan ni. 
Stress juga boleh menyebabkan kontraksi rahim dalam tubuh wanita. Kontraksi rahim akan menyebabkan kehamilan susah berlaku. 
5. Suasana tempat kerja
Suasana kerja yang melibatkan bahan kimia turut mempengaruhi tahap kesuburan. Bahan kimia boleh menyebabkan banyak radikal bebas masuk ke dalam tubuh. Ia boleh mengganggu penghasilan sperma dan ovum yang berkualiti.

* Di samping amalan-amalan di atas, amalan-amalan rohani juga amat penting kita amalkan sebagai tanda kita tawakkal kepada Allah yang berkuasa memberi rezeki kepada kita. .InsyaAllah..

Doa untuk mendapat cahaya mata :

with love,
-dila-

No comments :

Post a Comment