Sunday, March 24, 2013

Sukar Dapat Anak & Ikhtiar Dengan Set Kesuburan Shaklee


Sebuah perkahwinan pastinya lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih. Lebih-lebih lagi jika ianya adalah cahaya mata pertama yang sememangnya ditunggu-tunggu  oleh setiap pasangan.

Masalah Ketidaksuburan @ Kemandulan


Masalah ketidaksuburan atau kemandulan seringkali dikaitkan dengan wanita. Malah, dalam penyiasatan kes kemandulan, 60% tumpuan diberikan kepada pihak isteri.
Kemandulan wanita berpunca dari ketidak seimbangan hormon dalam badan. Ia terhakis dengan gaya hidup,pemakanan serta pengunaan bahan kosmetik kecantikan yang mempunyai pelbagai bahan kimia yang mematikan sel endoktrin hormon.

Punca kemandulan boleh dikesan dengan beberapa punca, antaranya:
  • Penyakit dalam faraj
  • Penyakit dalam rahim
  • Penyakit dalam saluran tiub falopio
  • Kegagalan ovulasi (pengeluaran benih)


Daripada punca kemandulan diatas , 99% mengalami masalah kegagalan ovulasi iaitu pengeluaran telur (ovum).

Tahukah anda bahawa pengeluaran ovum dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut.

Tiap-tiap wanita dikurniakan tuhan dengan 2 kilang ovari ketika lahir ovari-ovari tersebut mempunyai 400,000 promodial dolikal iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seorang wanita hanya 400 sel berjaya menjadi telur (ovum) dan yang lain akan musnah.Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.

Proses pencantuman antara benih lelaki dan wanita (ovum) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur iaitu ketika ovum terhasil. Jika ia terjadi maka  kehamilan akan berlaku.Tetapi jika ovum tidak terhasil maka peluang untuk hamil langsung tiada.

Petikan dari blog Dr Hamid Arshat (Pakar Kesuburan & Sakit Puan) :

'' Pengeluaran ovum dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seseorang wanita kerana ini merupakan salah satu sudut bagi mengukur kesuburannya.
Tiap-tiap wanita biasanya dikurniakan oleh Tuhan dengan dua kilang ovari. Ketika lahir, ovari-ovari itu mempunya sebanyak 400,000 ‘promodial dolikal’ iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seseorang perempuan hanya lebih kurang 400 sel berjaya menjadi telur (ovum), yang lainnya akan musnah. Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari keempat belas dikira selepas mula keluar haid (jika satu pusingan haid mengambil masa 28 hari), dan tidak kesemua perempuan dalam hayatnya mengeluarkan telur.
  Proses percantuman antara benih lelaki dengan ovum perempuan mungkin berhasil jika persetubuhan berlaku pada ‘waktu kesuburan’ iaitu waktu pengeluaran ovum (ovulasi) sedang berlaku. Setiap ovum biasanya mempunyai tempoh hayat selama lebih kurang 48 jam sahaja. Jika percantuman berlaku, besar kemungkinan kehamilan akan dihasilkan tetapi jika tidak, telur ini akan musnah begitu sahaja.''

Set Kesuburan Shaklee

Ada beberapa jenis vitamin yang boleh membantu meningkatkan kesuburan. Ianya ialah ESP, GLA, Zinc dan Vitamin E. Vitamin tambahan pula adalah Vitalea, Vitamin B Complex, Vitamin C dan Alfafa. Tapi untuk entry ini, saya kongsikan dulu tentang Vitamin yang paling penting untuk kesuburan iaitu ESP, GLA, Zinc dan Vitamin E.
  
Energizing Soy Protein (ESP)


Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Zinc Complex 

Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Kajian menunjukkan sperma yang bagus mempunyai kandungan Zinc yang sangat tinggi. Zinc adalah bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar sperma dan ekor sperma yang kuat. Hanyasperma yang bagus & berkualiti dapat melepasi rintangan-rintangan berasid di dalam tubuh wanita.

Zink turut mempengaruhi jumlah sperma yang dihasilkan oleh lelaki. Lagi banyak sperma yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.

Vitamin E 

Vitamin E juga dipanggil vitamin cinta. Mengapa??  Kerana ia memberi manafaat kepada kedua-dua suami dan isteri dalam membantu menghangatkan hubungan suami isteri.

Vitamin E juga berfungsi sebagai anti- oxidant. Anti oxidant penting untuk membunuh radikal bebas yang bermaharajalela dalam tubuh. Radikal bebas boleh mengganggu penghasilan sperma dan telur yang berkualiti. Radikal bebas ni boleh di dapati dari tempat kerja jika suasana kerja kita terdedah kepada bahan kimia sepanjang masa. Radikal bebas juga terdapat dalam makanan seharian kita terutama makanan yang dicemari dengan baja kimia atau pesticide, di mana ia memberi kesan kepada kesuburan tubuh.

 * Soal Jodoh dan REZEKI adalah kuasa Allah Yang Maha Esa, ikhtiar kita adalah berusaha merawat punca kepada ketidaksuburan ini, selebihnya kita doa, tawakkal dan berserah kepada Allah yang memberi rezeki :)



Doa mohon dapat zuriat : 

Surah Maryam
 

* Untuk order / maklumat lanjut, hubungi saya ye :
SMS/Whatsapp : 019-6572854 [Dila]

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments :

Post a Comment