Wednesday, April 17, 2013

Vitamin atau Suplemen Untuk Ibu Menyusu


Anda ibu menyusu??
Mempunyai masalah susu merudum?
Sentiasa berasa penat, lesu dan stress?
Kerap demam dan sakit-sakit badan?

Tahukah anda bahawa stress dan keletihan boleh mengganggu penghasilan susu ibu??

Dalam usaha kita sebagai ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak, faktor kesihatan ibu-ibu sendiri juga tidak harus diketepikan. Ada di antara ibu yang menyusukan anak, tapi sentiasa berasa letih dan lesu, sakit-sakit badan dan muka menampakkan garisan tua.

Masalah-masalah di atas merupakan masalah yang sering berlaku kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Di Shaklee, terdapat suplemen yang boleh membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah di atas untuk kekal sihat dan bertenaga. Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi apa yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu dan bayi itu sendiri.

Suplemen yang dicadangkan adalah Set 3M.  Set ini adalah set yang lengkap dan mampu memberi manfaat menyeluruh kepada ibu dan juga bayi.

Set ini terdiri daripada :

ESP


Antara komposisi utama dalam susu ibu adalah protein. ESP membantu memberi tenaga, membantu penghasilan susu ibu, mencantikkan kulit, mengawal kolestrol dam member rasa kenyang yang lama kepada ibu.

Alfafa

 Berfungsi sebagai penggalak susu serta membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu, membantu sistem penghadaman supaya lebih lawas, buang angin dalam badan ibu dan membantu kurangkan masalah kembung perut pada bayi. Pengambilan alfafa memerlukan pengambilan air yang banyak.

Ostematrix


Dalam susu ibu, komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, tulang, gigi dan saraf. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu byang tidak mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, naka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari badan ibu yang sedia ada. Jika keadaan ini berlarutan dan jika ibu tidak menggantikan semula kalsium ini, maka ibu akan berisiko tinggi mengalami osteoporosis, sakit-sakit badan, letih, lesu dan muka menampakkan garisan tua.

Vita-Lea


Multivitamin dengan formula zat besi. Bekalkan 28 vitamin dan mineral untuk membantu isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu sentiasa keletihan, kurang imun dan mudah mengalami masalah penyusuan seperti bengkak susu, putting luka dan susu merudum. Doktor kebiasaannya menyarankan ibu-ibu menyusu supaya memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar ibu tidak mudah pitam atau pening selepas seisi penyusuan atau mengepam. Namun begitu, vita-lea tidak disarankan untuk diambil bersama minuman bersusu kerana susu akan mengurangkan penyerapan zat besi oleh badan.

Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksida dan membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu. Pengambilan vitamin C juga meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya ibu atau anak yang menyusu demam, cuma tambahkan pengambilan vitamin C kepada 2 biji sehari. Kepada ibu-ibu yang mengalami putting luka, insyaAllah akan mudah sembuh. Vitamin C juga membantu pembentukan kolagen, oleh itu kulit ibu akan menjadi lebih bersih, cerah dan cantik.

Vitamin B-Complex


Memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein. Ia menstabilkan hormon, menukarkan glukos kepada tenaga, mengelakkan keletihan, menaikkan seri kulit agar tidak kusam dan memberi mood tenang (anti-stress) kepada ibu-ibu. Apabila ibu-ibu kurang stress, tenang dan gembira, maka penghasilan susu juga akan menjadi lancar. Pengambilan pil perancang juga memerlukan pengambilan vitamin B secara konsisten kerana pil perancang boleh memusnahkan vitamin B yang sedia ada dalam badan ibu.

NAMUN, ibu-ibu perlu ingat bahawa suplemen Shaklee bukanlah ubat ajaib yang boleh banyakkan susu serta-merta. Suplemen ini adalah bertujuan untuk kesihatan badan ibu agar mampu menghasilkan susu dengan baik.
Konsep utama penyusuan masih perlu dititik-beratkan iaitu :

1.  Fahami konsep “Supply and Demand” iaitu semakin kerap bayi disusui, semakin banyak susu akan dihasilkan.
2.  Kerap mengosongkan payudara untuk membanyakkan susu. Pam susu secara konsisten 2-3 jam sekali sekiranya anak tidak ada bersama ibu.
3.      Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
4.      Mengamalkan gaya hidup sihat


Berminat atau inginkan maklumat lanjut??

* Hubungi saya ye :

SMS/Whatsapp : 019-6572854 [Dila]

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments :

Post a Comment